Laporan & analitik
Lihat prestasi sebenar bisnes anda
Hasil, ahli aktif, pendaftaran baru dan bayaran belum selesai, dikira daripada rekod sebenar anda dan sedia setiap kali anda buka VYNEXFIT.
Data contohMasalahnya
Agak-agak bukan cara urus bisnes
Tanpa laporan, anda cuma sedar bulan itu perlahan bila sewa dah sampai. Susah nak tahu sama ada ahli bertambah, pelan mana yang laku, atau berapa banyak lagi yang belum dibayar.
- Hasil hanya dikira hujung bulan
- Tiada gambaran pertumbuhan ahli
- Jumlah belum dibayar tak jelas
Cara VYNEXFIT membantu
Laporan terus daripada rekod harian
Oleh kerana bayaran, ahli dan pelan sudah ada dalam VYNEXFIT, laporan terhasil dengan sendirinya. Tiada data yang perlu dikumpul atau disalin.
Dalam operasi harian · 01
Trend di sebalik jumlah
Bandingkan taburan membership mengikut pelan, lihat trainer mana yang paling ramai klien aktif, bagaimana ahli membayar, dan bagaimana jumlah ahli bertambah dari semasa ke semasa.
- Taburan membership mengikut pelan
- Trainer teratas mengikut klien aktif
- Kaedah bayaran dan pertumbuhan ahli
Data contohDalam operasi harian · 02
Angka hari ini di dashboard
Buka VYNEXFIT dan lihat ahli aktif, hasil bulan ini berbanding tempoh yang sama bulan lepas, kelas hari ini dan trainer aktif, berserta carta hasil 30 hari.
- Hasil bulan semasa berbanding bulan lepas
- Gambaran hasil 30 hari
- Renew dan kelas akan datang
Data contohCara ia berfungsi, langkah demi langkah
- 01
Buka Laporan
Semuanya dikira daripada ahli, pelan dan bayaran yang anda sudah rekod.
- 02
Pilih tempoh
Tukar antara 30 hari, 90 hari, 12 bulan terakhir atau tahun semasa.
- 03
Fahami trend
Bandingkan hasil, pendaftaran baru, bayaran belum selesai dan taburan ahli mengikut pelan.
- 04
Eksport ke Excel
Muat turun angka untuk akauntan anda atau perancangan sendiri.
Laporan & Analitik
Soalan lazim
Dari mana datangnya data laporan?
Laporan dikira daripada ahli, pelan dan bayaran yang anda rekod dalam VYNEXFIT, jadi ia sentiasa sepadan dengan rekod anda.
Boleh saya eksport angka?
Boleh. Laporan dan rekod bayaran boleh dieksport ke Excel.
Boleh saya dapat ringkasan tanpa log masuk?
Boleh. Pemilik boleh hidupkan e-mel ringkasan harian yang mengandungi hasil semalam, ahli tertunggak, renew dalam tujuh hari akan datang dan kelas hari ini.
Tempoh masa apa yang boleh saya lihat?
Laporan boleh paparkan 30 hari, 90 hari atau 12 bulan terakhir, atau dari awal tahun hingga kini.
Apa yang ada di dashboard?
Ahli aktif, hasil bulan ini berbanding tempoh yang sama bulan lepas, kelas hari ini dan trainer aktif, serta carta hasil 30 hari dan bilangan ahli tertunggak dan yang perlu renew dalam tujuh hari akan datang.
Boleh saya tengok trainer mana yang paling ramai klien?
Boleh. Laporan menunjukkan trainer teratas mengikut klien aktif, bersama pecahan ahli mengikut pelan, kaedah bayaran dan pertumbuhan ahli.
Bacaan lanjut

Cara Tetapkan Harga Pakej Membership untuk Gym atau Studio Fitness di Malaysia
Panduan praktikal tetapkan harga membership gym dan studio fitness, bermula dengan kos asas, harga pesaing, susunan pakej ringkas hingga cara naikkan harga.

8 Nombor Penting yang Pemilik Gym dan Studio Perlu Semak Setiap Bulan
Ahli aktif, renewal rate, bayaran tertunggak, kadar isian kelas dan lain-lain. Lapan nombor mudah untuk disemak setiap bulan, lengkap dengan formula.

Berapa Jam Admin Gym Anda Boleh Jimat Sebulan? (Kalkulator Percuma)
Guna kalkulator percuma ini untuk tengok berapa jam gym atau studio anda habiskan untuk reminder, bayaran, resit dan laporan, dan berapa banyak boleh dijimatkan.
Jom mula
Lihat sendiri bagaimana ia sesuai untuk bisnes anda
Tempah demo percuma di WhatsApp dan kami akan tunjukkan caranya, atau cuba lawatan produk dahulu.

