
Untuk gym & pusat fitness
Sistem pengurusan gym untuk gym bebas di Malaysia
Dibina untuk gym yang menjual membership bulanan dan tahunan: tahu siapa aktif, siapa perlu bayar dan berapa hasil yang masuk, tanpa buka spreadsheet.
Pernah alami situasi ini?
- 01
Ratusan ahli, satu spreadsheet
Maklumat ahli, pelan dan tarikh bayaran bersepah dalam fail yang hanya seorang faham.
- 02
Ahli tak renew tanpa disedari
Ahli yang tak renew hanya disedari berminggu-minggu kemudian, bila pendapatan dah terlepas.
- 03
Kejutan di hujung bulan
Hasil sebenar hanya diketahui selepas kira duit tunai dan semak penyata bank.
Cara ia berfungsi untuk anda

Sehari bersama VYNEXFIT

9:00 pagi
Peringatan dihantar secara automatik kepada ahli yang hampir tiba tarikh atau tertunggak.

9:15 pagi
Semak dashboard: ahli aktif, hasil bulan ini dan renew hari ini.

7:30 malam
Rekod bayaran tunai waktu puncak terus dari telefon anda.

10:00 malam
Luluskan pindahan DuitNow yang dihantar ahli melalui pautan Pay now.
Ciri yang paling kerap anda guna
Gym & Pusat Fitness
Soalan lazim
Sesuai ke VYNEXFIT untuk gym yang ada ratusan ahli?
Sesuai. Pelan Standard termasuk ahli tanpa had, dan satu import Excel boleh memasukkan sehingga 3,000 ahli dan 10,000 rekod bayaran.
Boleh staf saya ada log masuk sendiri?
Belum lagi. Setiap akaun gym buat masa ini ada satu log masuk pemilik sahaja. Log masuk staf dengan kebenaran tersendiri belum tersedia.
Adakah gym yang ada lebih daripada satu cawangan disokong?
Cawangan tambahan dikenakan RM 69 sebulan bagi setiap satu. Paparan gabungan untuk semua cawangan belum tersedia, jadi mesej kami di WhatsApp dan kami akan terangkan cara cawangan disediakan.
Boleh saya pindahkan ahli dari spreadsheet?
Boleh. Muat turun templat Excel, isi membership, trainer, ahli, bayaran dan kelas anda, kemudian muat naik. VYNEXFIT semak setiap baris sebelum apa-apa disimpan.
Macam mana VYNEXFIT bantu dengan ahli yang lambat renew?
Setiap pagi, VYNEXFIT hantar peringatan WhatsApp dan e-mel sebelum membership tamat, dan sekali lagi jika bayaran tertunggak. Dashboard juga mengira ahli tertunggak dan yang perlu renew dalam tujuh hari akan datang.
Boleh ahli bayar secara dalam talian?
Ahli bayar terus ke akaun bank anda melalui DuitNow QR atau pindahan bank menggunakan pautan Pay now, kemudian muat naik resit untuk anda luluskan. VYNEXFIT tidak memproses bayaran kad atau FPX, tetapi anda boleh merekodkannya jika diterima di tempat lain.
VYNEXFIT untuk bisnes fitness lain

Studio Fitness
Kelas, instruktor dan pelan untuk studio butik, yoga dan Pilates
Ketahui lanjut
Boxing & Muay Thai
Sesi latihan, coach dan membership untuk gym combat
Ketahui lanjut
Personal Trainer
Rekod klien, sesi latihan dan bayaran untuk coach bebas
Ketahui lanjut
Coach Sukan & Akademi
Peserta, kelas latihan dan yuran untuk coach dan akademi sukan
Ketahui lanjut
Jom mula
Jom lihat bisnes anda bersama
Tempah demo percuma di WhatsApp dan kami akan tunjukkan bagaimana VYNEXFIT sesuai dengan cara anda bekerja.



